KUALA LUMPUR: Beliau bukanlah orang kurang upaya (OKU) namun karya lukisannya cukup unik dan menarik perhatian ramai kerana dihasilkan bukan sahaja menggunakan tangan tetapi juga dua anggota badan yang lain iaitu kaki dan mulut.
Begitulah kegigihan Mohd Saiful Baharom Shah, 40, atau lebih mesra disapa Cikgu Saiful yang cuba menyelami nasib golongan OKU, seterusnya diterjemahkan ke dalam teknik lukisannya.
Bakat yang dimiliki guru pendidikan seni Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Kuala Kangsar, Perak itu ternyata berjaya memikat jutaan hati yang teruja menyaksikan bakat melukisnya melalui perkongsian video di platform laman sosial TikTok milik beliau.
INSPIRASI DARIPADA OKU
Menurut Cikgu Saiful, bertitik tolak daripada rasa kagum dengan bakat pelukis OKU yang masih mampu berkarya walaupun cacat anggota fizikal, beliau kemudiannya mendapat inspirasi untuk mengasah bakat melukis menggunakan tiga anggota badan berkenaan.
Baginya, jika OKU boleh mengharungi setiap kepayahan untuk melukis menggunakan anggota badan yang bukan dominan (biasa digunakan), maka ia juga seharusnya tidak mustahil bagi orang yang sempurna anggota fizikal seperti beliau untuk melakukannya.
"Kita manusia sebenarnya dikurniakan bakat semula jadi. Kita ambil contoh pelukis OKU, pada asalnya mereka memang tidak boleh melukis menggunakan kaki, namun disebabkan mereka kudung tangan, jadi terpaksalah mereka belajar untuk melukis menggunakan kaki dan menggunakan hasil karya mereka untuk terus menampung kehidupan.
"Inilah yang membuka mata dan minda saya untuk menghayati jerih payah mereka dan saya harap ia dapat menyedarkan bahawa kita semua ada bakat terpendam, cuma hendak atau tidak sahaja menajamkan kemahiran itu," kongsinya yang menetap di Taman Chandan Puteri 3, Kuala Kangsar ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
GIAT BERLATIH
Bapa kepada enam orang cahaya mata berusia antara empat hingga 14 tahun itu berkata, beliau memperuntukkan dua hingga tiga jam setiap hari untuk melukis menggunakan anggota badan bukan dominan tanpa jemu bagi memantapkan teknik lukisan.
"Tangan dominan saya kanan, jadi saya mula usaha untuk melukis guna tangan kiri, kedua-dua kaki dan mulut sekitar tahun 2020, memandangkan pandemik COVID-19 baru bermula dan kebanyakan masa kita adalah di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan hampir semua institusi ditutup termasuklah sekolah.
"Jika diceritakan tahap kesusahannya, melukis guna kaki kiri adalah yang paling sukar dan sangat kekok untuk dimahirkan. Paling mudah ialah tangan kanan, diikuti mulut, tangan kiri, kaki kanan dan yang terakhir kaki kiri. Jujurnya, memang sukar untuk mahirkan anggota kaki sebab kita perlu kuatkan cengkaman pensel menggunakan jari kaki. Mulut lebih mudah sebab kita boleh cengkam pensil dengan kuat menggunakan gigi," katanya.
Cikgu Saiful melakukan latihan melukis selama hampir enam bulan sebelum benar-benar yakin untuk berkongsi bakat uniknya itu menerusi rakaman video di TikTok.
"Pada awalnya, saya cuma mahirkan diri dengan lukisan karikatur seperti watak kartun Doraemon kerana ianya lebih mudah untuk dilukis serta dapat memantapkan cengkaman pensel. Setelah mahir, baru saya mula melukis potret individu dan artis terkemuka tanah air seperti Allahyarham Sudirman dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, serta ikon besar luar negara dan bintang bola sepak termasuk Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
"Lukisan inilah yang menjadi titik tolak sehingga menjadikan akaun TikTok saya mula tular dan semakin ramai peminat mula menempah hasil karya saya.
"Saya berasa amat bersyukur kerana setiap titik peluh dan usaha saya tidak sia-sia. Aktiviti ini menjadi sumber pendapatan sampingan untuk menampung keluarga saya yang besar ini," katanya yang kini mampu melukis lima karya berlainan dalam satu masa menggunakan kesemua anggota badannya yang telah 'dilatih' itu.
TIDAK MENANG TANGAN TERIMA TEMPAHAN
Menurut Cikgu Saiful, beliau mampu meraih sekitar RM500 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada jenis lukisan dan jumlah tempahan yang diterima daripada orang ramai.
Antara lukisan yang sering ditempah pelanggan ialah potret individu bersaiz A4 dengan menggunakan pensel pada harga sekitar RM50.
Sekiranya potret yang ditempah perlu menggunakan pensel warna, harganya boleh mencecah sekitar RM100 beserta bingkai gambar, dengan kebiasaannya hanya mengambil masa sekitar satu atau dua hari untuk disiapkan.
"Sejak tular di TikTok, berduyun-duyun orang tempah lukisan dengan saya, sampai hampir tidak terlayan kerana saya cuma akan melukis selepas selesai tugasan hakiki sebagai guru. Namun kebanyakan mereka sanggup tunggu tempahan masing-masing biarpun perlu ambil masa yang lama untuk disiapkan.
"Antara karya termahal pernah dibeli pelanggan ialah sebuah potret berwarna saiz A2 oleh pasangan pengantin yang berkahwin di Perak baru-baru ini, harganya sekitar RM600.
"Selain itu, saya juga pernah menyiapkan lukisan potret bersaiz A1 melibatkan lima keluarga besar. Bagi lukisan bersaiz A1 atau A2, harganya adalah sekitar RM300 hingga RM600 dan biasanya boleh mengambil masa seminggu hingga sebulan untuk disiapkan kerana ia lukisan bersaiz besar serta cukup rumit dan teliti," jelasnya.
Harga bagi lukisan bersaiz A3 menggunakan pensel dan berbingkai pula adalah sekitar RM150, manakala bagi lukisan berwarna sekitar RM250 dan mengambil masa kurang daripada seminggu untuk disiapkan.
Cikgu Saiful juga pada masa sama sudah mula menerima banyak tempahan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang kebanyakannya lukisan potret keluarga.
"Sesebuah karya akan disiapkan berdasarkan prinsip 'siapa dahulu' 'first come, first serve', namun jaminan tetap diberikan bahawa karya lukisan adalah berkualiti tinggi biarpun dibuat dalam masa yang suntuk," katanya menambah mereka yang ingin membuat tempahan lukisan boleh melayari laman Facebook dan TikTok Saiful Thaqif.
- BERNAMA / Muhammad Basir Roslan
Bernama
Sun Mar 26 2023
Mohd Saiful Baharom Shah atau lebih mesra disapa Cikgu Saiful yang cuba menyelami nasib golongan OKU, seterusnya diterjemahkan ke dalam teknik lukisannya. - Bernama
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
KUSKOP seru setiap agensi perkasa operasi perbankan digital, khususnya AI
Semua agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diseru memperkasa operasi perbankan digital masing-masing khususnya melibatkan bidang kecerdasan buatan (AI).
Cecah 43 celcius, elak dehidrasi, strok haba
Beberapa jemaah Malaysia bakal haji akui cuaca begitu panas di Mekah sekarang, tetapi mereka mengambil langkah waspada untuk tidak terdedah dengan cuaca di luar bagi mengelak dehidrasi dan strok haba sebagaimana disarankan Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Setiap hari terpaksa 'berperang' dengan ribuan lalat
Penduduk Flat Taman Sintar Indah, Nibong Tebal tidak mampu lagi bertahan dengan 'kehadiran' ribuan lalat setiap hari yang telah menganggu kehidupan seharian mereka.
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
Dituduh jadi 'badi' dalam keluarga, ibu tergamak buang anak OKU dalam lubuk buaya
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Vinod disahkan mengalami masalah pendengaran dan pertuturan.
Menangis di depan Kaabah walaupun hakikatnya kami buta - OKU penglihatan
"Walaupun kami tak nampak, apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain."
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Lebih 120 atlet pekak bersaing di Bukit Jalil
LEBIH 120 atlet pekak dari seluruh negara akan bersaing dalam Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia 2024 kali keempat pada 27 dan 28 April ini di Stadium Mini, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Tadarus tanpa suara melalui 'Quran Isyarat' untuk OKU pendengaran
Online Tadarus Tanpa Suara dapat dizahirkan dengan mengisyaratkan huruf-huruf al-Quran melalui isyarat kod tangan al-Quran.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Tambang feri Pulau Pinang percuma bagi OKU mulai 8 April
Inisiatif oleh SPPP dengan kerjasama Penang Port itu sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan tersebut yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan berkenaan.